Sek. Keb. Tan Sri P. Ramlee di Pulau Pinang yang ditukar nama dari Sek. Keb Kampong Jawa sebagai penghormatan.
Setiap insan yang hidup pasti akan mati. P. Ramlee telah kembali ke
Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan
jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala
Lumpur.
Selepas pemergian pula Allahyarham telah dianugerahkan Bintang
Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
Upacara Pengkebumian
Jenazah P. Ramlee telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan
dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang, Kuala
Lumpur. Orang ramai hadir ke upacara pengkebumian jenazah P. Ramlee
sebagai tanda penghormatan terakhir.
Jenazah P. Ramlee diziarahi oleh anak dan rakan seni
Jenazah P. Ramlee dibawa untuk disemadikan
Orang ramai hadir untuk memberi penghormatan terakhir
Solat jenazah P. Ramlee.
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga,
Biar alam hancur dan musnah,
Jasa mu tetap dikenang juga.
Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.
0 komentar:
Posting Komentar