SELAMAT DATANG DI AHLUL BAIT NABI SAW

AHLUL BAIT NABI SAW: Media Agama Dan Hati Umat Islam * Media Persatuan dan Kesatuan Sunni Dan Syiah

Hilangnya Seorang Seniman




Sek. Keb. Tan Sri P. Ramlee di Pulau Pinang yang ditukar nama dari
Sek. Keb Kampong Jawa sebagai penghormatan.


Setiap insan yang hidup pasti akan mati. P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur.


Selepas pemergian pula Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.




Upacara Pengkebumian

Jenazah P. Ramlee telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Orang ramai hadir ke upacara pengkebumian jenazah P. Ramlee sebagai tanda penghormatan terakhir.

Jenazah P. Ramlee diziarahi oleh anak dan rakan seni

Jenazah P. Ramlee dibawa untuk disemadikan


Orang ramai hadir untuk memberi penghormatan terakhir


 
Solat jenazah P. Ramlee.

Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga,
Biar alam hancur dan musnah,
Jasa mu tetap dikenang juga.

Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.



(Syiah-Ali/ABNS)


0 komentar:

 
AHLUL BAIT NABI SAW VIDEO © 2013. All Rights Reserved. Powered by AHLUL BAIT NABI SAW
Top